
Borneo Security Centre Sdn Bhd
Diperbadankan pada 25 Oktober 2013. Syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh Kumpulan Yayasan Sabah yang merupakan salah satu cabang komersialnya. BSCSB menjalankan dan menyediakan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan yang berdaftar secara rasmi dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) / Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS).
Misi
-
Memberikan perkhidmatan kawalan keselamatan yang berdisiplin, komited, berwawasan dan berintegriti
-
Menerokai peluang perniagaan perkhidmatan keselamatan menggunakan peralatan teknologi terkini dalam menjalankan perkhidmatan kawalan keselamatan
-
Berkeyakinan teguh dalam merealisasikan komitmen kerja yang lebih efisien dan profesional.
-
Berpandangan jauh ke hadapan terhadap potensi syarikat dan struktur perniagaan maju
Visi
-
Menjadi salah satu syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan yang kukuh dan berdaya saing di mana kepercayaan dan keperimanusiaan menjadi keutamaan kami.​
-
Perancangan jangka pendek dan jangka panjang akan mengembangkan legasi syarikat ke peringkat lebih tinggi.
-
​Konsep dan matlamat yang nyata dan jelas, syarikat ini tetap unggul dan berdaya maju dalam menuju wawasan negara.
Objektif
-
​Mengeratkan serta menjaga hubungan dan menjalin kerjasama lebih berkesan dengan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang awam seperti Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Malaysia, Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia dan agensi-agensi kerajaan/swasta yang lain.
-
​Mempertingkatkan keupayaan Syarikat melalui perolehan dan pengurusan anggota, tatacara dan logistik serta pembangunan infrastruktur dengan lebih efektif dan efisien.
-
Pembangunan Sumber manusia yang profesional, progresif, komprehensif, berketrampilan dan kredibiliti.
-
Memberi pengetahuan, kefahaman, bimbingan dan kesedaran ke arah penghayatan terhadap diri, tugas dan tanggungjawab.